Tuesday, January 31, 2012

ketidakpuashatian terhadap drimu.

assalamualaikum

ari ni mok cite sal ketdkpuastian ku thdp drimu. spa? aq jak tow. idntitinya d rhsiakn . eheh. sbnrya hal ni sdh lma aq smpan. mlas mok cetus kn, mlas mok igt sbb bkin skit ati. igtkn mok let it go jak. tp x sgka ati x sekuat mn. rsa tdkpuasati itu sgt kuat terhdp drimu girl! adeiyh! (panas ati aku) ..

*budak kecik pun tow panas bah. kehkeh!


awal pagi sdh ko bkin panas sma aku, bgs2 mood aq uke. tp ko. bkin spoil btul laa. slama ni aq cnsidre prngai ko tu, its uke. its uke knuk. aq  lyan ko like nothing happen bah, aggp jak y ko wat tu angin limpas2. tp ari ni, bearla aq mlepas d cni jak. nnt plak aq ckp sma ko. x pasal2 perang dunia ke ntah brpa kli pnya sdh. kehkeh. masing2 jgk ada thap kesabarn nya kn,.

*mcm aku mok letak d sluruh bdan aq ni. ahaaha


ko ni knn. mmgla bah. bgs tu bgs tp kn kdg2 gya2 mu ni. mglahkn gya 'si shhiiittttiii".. mcm dlm dunia kn, ko jak la ba y btul, ko jak la y mok d ikut. senior x senior. kta sma bah. pleaselaa! x jgk ko btul sume. towla ko deluan lahir, stkt brpa bulan jak pun. Allah bg sma rata.Maha Adil. da jgk y ko xda , tp aku ada. jgn la ba tlmpow temberang gya mu. adoi. adoi. adoi. matiklaa jgk bah. agak2 la beb. lagi 1, towla ko budak pndai. stop acting laa.! sume ko tow buat kan. naahh! amblmu la bah sume kje dalm dunia ni. mcm aq mok belai2 tow muka mu ni. sdh bgtu. mulut mu ni,ya ampuunn~ klow bckp. mcm kta ni berkilomter jauh nya dri ko. sume ko mok cite. itu ini. byk sgt ka masa ku mdgr cite mu ni. byk lagik bah kje ku mok wat ni. *eyaa.. tow jgk aq. dgr aq. xpyh ckap kuat2.*dekat jgk bah kta. x ampai 1 m pun jrak, aku pn blum pekak lgik. masi normal. (syukur).

*klow blh aq mok wat cmni d muka ko. HAHAHA

jd konkulusinya. sabar itu pntg + consider others feeling + jgn tgk umur jak bah, kta x sntsa btul , wloupn ko sllu cakp ko btul n aq salh (if u think like that, U WRONG GIRL!!) + kita idup bkn sndri dlam duni. urg lain pun ada bah.

p/s : aku pun kdg2 da wat slah jgk. SORY 4 that. sya fham anda. makanya smapi ari ni aq hnya mmpu mluahkan d cni dan berDIAM DIRI d dpnmu. aku trima bah ko seadanya. ehehe. mmg kdg2 kta x sedr prgai kta bkin annoyed urg sblh. x jgk blh slhkan dy 100 persen.
 until then. duuu! :)

Saturday, January 21, 2012

kilikness melanda



assalamualaikum~(smbil sapu2 teratak ini. eheh)

agak lama jgkla tidak d updte pa2 dlm blog ini, kdg2 rndu jgk. tp pa kn dya. msa sgt cembru. dtmbah lgi dgn keadaan line y sgt lemau. aq pun jd malas mok meupdte pa2 dlm ni. kehkeh.

lately mmg bz, hggakn kje ku wlou sesingkat mn pun msa tu, aq ttp curik sdkit tuk tdo. tdur is pntg! bgi akulaa.

Monday, December 19, 2011

mengapa manusia mengeluh?


Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)




Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar


"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


*Astagfirullahal'azim. kdg2 kta x sedr semua ini. renung2kn dan ubahla pa y ptut. 
 

its not only about money.

WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME



WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME



WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP



WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE



WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH

WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT

WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE



WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE

Thursday, December 15, 2011

dupdup




bedegup tggu result first quiz law. aduyai! tp tdo nynyak jak. ahah.
wlaopun hnya quiz. tp ini law. plg lemah. 
huh! mudahan2 baek2 sja sume. amin. insyaAllah. 

Wednesday, December 14, 2011

beza cinta dan suka

btul @ x. fkirla sndri. msing2 da prsaan n smstinya sdh mrsa dan mmpunyai pengalam.

1- Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang.*dupdapdupdap*
Tapi di hadapan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira.*yeeheeee*


2- Di hadapan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga.*cinta, layu dipusara*
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja.*pheewww2 @ bunyi angin*


3- Jikalau kita lihat didalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku.*TERstunt skjap*
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum.*say cheese*


4- Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu.*aiseh!malu2 kucing lagi*
Di depan orang yg kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar.*brutal+thug*


5- Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk  berkata-kata.*natau paa mau dicakap*
Di depan orang yang kita suka,
kita akan bebas berkata apa saja.*wah!jadi talkactive pula*


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta.* malu bha...* 
Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.*ni kes natau malu ni*


7- Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut juga menangis.*sedihnyaaa.. :(*
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan cuba untuk membuat dia gembira.*jgan kau nangis bha...hilang hensem kau nnt..hahaha*


8- Perasaan cinta bermula dari kata.*bluurr..no idea... =.=' *
Perasaan suka bermula dari telinga.*ni lagi laa blurr..=.=' *
Jadi,jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita.

 [hahhahahahaha...adakah p buang telinga?? mcmna mau dgr suda kalau teda tlinga?? :)   main2 jaa bha....:) ]

Tapi jika cuba menutup mata,
cinta berubah menjadi airmata.
Setiap orang yang hidup akan mengalami ini
dalam hidup mereka.........*sobsob :'(*


*sapa2 sini yg sdg hangat bsinta, tau suda kaan mana 1 prasaan kamu samada cinta @ juz suka dengan c chentaa

antara sabar dan mengeluh .

assalamualaikum.
td bkak2 doc y da dlam lappy aku ni. pastu jmpa 1 cite ni. cerita y agak mgejutkn dan agak sedih jgklaa.. mwatkan aku rsa lbh mghargai dri , keluarga , rakan2 , serta y aku ada d dunia ini. syukur y amat tdk terhgga.. bgtu jgk dgn rsa kesabaran thdp pa y tlh, sedg dan bakal d hadapi kelak. mgurgkn rsa keluhan dan bykkn brsbar. sabar tu kn separuh dari iman.eheeh.
Alhmdulillah dan insyaAllah ~
mari kta kogsi sma2 cite tu . renung2kn.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


*Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.